Sunday, November 8, 2009

TAHNIAH

TAHNIAH & SYABAS SR.PSB.SOAS...

Tahniah & Syabas diucapkan kepada keluarga SR.PSB.SOAS, kerana mendapat tempat kedua dalam "ASEAN GALLERY COMPETITION"

Tahniah kepada Guru-guru & Kakitangan yang terlibat, tingkatkan lagi usaha & tahun depan kita cuba untuk buat yang terbaik. Insya-Allah.

Di bawah ini saya paprkan beberapa gambar-gambar 'ASEAN GALLERY SR.PSB SOAS,KB' .

TAHNIAH LAGI SEKALI...











Friday, November 6, 2009

AKTIVITI MEMBACA - PERPUSTAKAAN SUMBER SEKOLAH

AKTIVITI MEMBACA

Aktiviti membaca di bilik perpustakaan sumber sekolah masih lagi dijalankan walaupun musim peperiksaan semakin hampir. Aktiviti seumpama ini merupakan salah-satu usaha/cara guru-guru untuk membiasakan murid-murid membaca & belajar dalam mempertingkatkan lagi mutu pembacaan sama ada dalam bahasa melayu mahupun bahasa inggeris.




Friday, September 11, 2009

LAWATAN GURU-GURU KE SEK.REN.SUNGAI LIANG [ASEAN GALLERY]

LAWATAN KE SEKOLAH RENDAH SUNGAI LIANG
[BAGI LAWATAN KE "ASEAN GALLERY"]
Lawatan ini telah diadakan pada 11/Ogos/2009, hari Selasa. Dimana guru-guru Sek.Ren.PSB.SOAS, Kuala Belait telah diberikan layanan mesra dan baik sewaktu lawatan
diadakan.
Lawatan ke "Asean Gallery" ini amat menarik minat guru-guru SOAS, disebabkan ada sebahagian koleksi yang baru dilihat dan diketahui. Ini menambahkan lagi pengatahuan dan pengalaman bagi kami di SOAS.
Saya mewakili SOAS, mengucapkan Jutaan Terima Kasih diatas lawatan dan layanan yang baik serta mesra ini. Dan, diharap pihak Sekolah Rendah Sungai Liang berkesudian untuk membuat lawatan ke "ASEAN GALLERY" Sekolah Rendah PSB.SOAS, Kuala Belait.
Seperti biasa, dibawah ini saya paparkan beberapa keping gambar sepanjang lawatan ini diadakan. Dengan itu...saya akhiri ucapan terima kasih dan Insya-Allah akan bertemu pada "POST" yang akan datang...nak kandid? Tunggu...

Serious jua Cikgu Hjh Sapiah kitani ani...

Smile...

Antara guru-guru yang sempat bergambar, sebelum majlis dimulakan...

Cikgu Hjh Sapiah & Cikgu Hjh.Aishah

Masih mampu lagi tersenyum...walaupun nampak ngalih...hehehe....

Orang ani, nda pandai ngalih ni berposing...hehehe...takut-takut photographer nya plang paning...hehehe...jangan mare

Taklimat telah dimulakan...amboi serious nya Cikgu-cikgu kitani ani...

Mmm...suka ngan posing cikgu-cikgu ani...cute...

Ustaz Sek.Ren.Sungai Liang sedang membacakan doa sebelum Taklimat berkenaan "Asean Gallery" ini dimulakan

Taklimat telah di sampaikan oleh PGB Sek.Ren.Sungai Liang

Wah, Cikgu Sabrina sempat bergambar kenangan dgn Cikgu Masnah kita...

Best nye, dapat ambil gambar ramai ngan Cikgu Masnah, aku sapa ambl? Uwa...sedih ku eh

Cikgu Azmie, sapa kita kenangkan di Indonesia atu? Setahu ku...di Australia jua...napa tia hanyut di Indonesia...hehehehe...jangan mare

1...2...3...Posing

Atu baru nah, posing...lawa eh...Phiweeeeeet...

Pretty Woman dari Sek.Ren.Sungai Liang..."Call Now!" Jangan Mare

Hmm...ni sapa yang punya...? Wow...semua ini SOAS yang punya...hehehe

Do...Re...Me...tiga orang sahabat...suka bergambar...macam2 posing...
atu tah yang best...
Ucapan dari PGB Sek.Ren.Sungai Liang

Wah...Our Loving PGB, dapat hadiah ler..."Cikgu Mai, hadiah tu untuk aku kah?"
Hehehe...

Milik siapa kah para jejaka ini...?

Wah...jeles ku eh, nak peluk cikit boleh? Manja & Mantic pose dari Cikgu Marina & Cikgu Afzan



Gambar ramai yang sempat di ambil sebelum majlis bersurai...gambar aku je yang tak pernah-pernah ada...kesian.

Terima Kasih sekali lagi buat GB, PGB, Guru-guru & Kakitangan pihak Sekolah Rendah Sungai Liang atas layanan yang diberikan.

SALAM MANIS & SAMPAI JUMPA LAGI

Thursday, September 10, 2009

MAJLIS PERASMIAN 'ASEAN GALLERY' SEK.REN.PSB.SOAS,KB

MAJLIS PERASMIAN "ASEAN GALLERY" SEK.REN.PSB.SOAS, KUALA BELAIT

Majlis ini diadakan pada 3/Ogos/2009, iaitu pada hari Isnin. Galleri Asia yang telah di ketuai oleh Cikgu Hjh.Siti Susie dengan kerjasama guru-guru, kakitangan dan ibu-bapa serta pengaja murid juga tidak ketinggalan, malah turut membantu anak-anak mereka dalam mencari bahan dan project yang berkaitan dengan Negara-negara Asia.

Disamping itu juga, tidak lupa Our Loving GB, PGB1 & PGB2 yang banyak memberikan galakan, idea dan semangat sepasukan, malah juga turut menyumbangkan beberapa barangan & material yang diperlukan dalam membuat Galleri Asia ini.

Terima Kasih kepada semua yang terlibat, guru-guru, kakitangan, ibu-bapa dan murid. Dengan adanya kerjasama berpasukan, akhirnya kita dapat tengok hasilnya yang LAWA...ada UMPH... Terima Kasih Semua.

Dibawah ini saya paparkan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan pada hari perasmian tersebut. Sampai jumpa lagi pada "post" yang akan datang. TQ